nabalunews
KES COVID-19 AS CECAH 21 JUTA
6 JAN 2021
MOSCOW: Jumlah kes COVID-19 di Amerika Syarikat melebihi 21 juta, lapor Agensi Berita Sputnik, memetik Johns Hopkins University.
Jumlah keseluruhan kes ialah 21,042,929, dengan 357,132 kematian, kata universiti itu. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan COVID-19 sebagai pandemik pada 11 Mac 2020. - Bernama
Comments