top of page

KES COVID-19 DI PERANCIS CECAH 1 JUTA

nabalunews

22 OKTOBER 2020


PARIS: Jumlah jangkitan COVID-19 di Perancis mencecah 1,000,369 pada Khamis manakala jumlah kematian seramai 4,375 orang, lapor agensi berita Xinhua.

Menurut angka terbaharu Johns Hopkins University itu Perancis menjadi negara Eropah kedua yang mencatatkan kes melebihi sejuta selepas Sepanyol mencapainya pada Rabu.

Lebih banyak bandar di Perancis akan beralih ke tahap waspada maksimum dengan perintah berkurung mungkin dilaksanakan, kata jurucakap kerajaan Gabriel Attal pada Rabu.


Eropah mengalami gelombang pandemik kedua dengan banyak negara di rantau ini menunjukkan lonjakan jangkitan harian. Antaranya, Britain mencatatkan 26,688 kes pada Rabu manakala kes di Poland melebihi 10,000 buat julung kalinya.

Menteri Kehakiman Hungary Judit Varga dan Menteri Kesihatan Jerman Jens Spahn masing-masing turut dilaporkan positif virus itu. - Bernama

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page