top of page
nabalunews

Keselamatan kanak-kanak dalam melayari internet penting, elak jadi mangsa buli siber



Annabell (kiri) menyampaikan sijil kepada antara 32 murid Pra Sekolah SK Sungai Kayu Sandakan sambil disaksikan Awang Damit (tengah).

6 Januari 2025


SANDAKAN: Langkah kerajaan untuk tidak membenarkan kanak-kanak bawah 13 tahun membuka akaun media sosial wajar diteruskan.


Ahli Dewan Negara, Senator Anna Bell @ Suzieana Perian, berkata, ini juga dilihat dapat melindungi kanak-kanak itu daripada menjadi mangsa kepada pihak yang tidak bertanggungjawab.


Katanya, dalam hal yang sama, ibu bapa dan masyarakat juga perlu terus memainkan peranan untuk sentiasa memantau aktiviti anak-anak mereka khasnya semasa melayari internet.


Annabell menyatakan perkara itu pada sidang media selepas merasmikan Hari Anugerah Kecemerlangan Prasekolah (HAKPRA) Sesi 2024-2025 bagi SK Sungai Kayu, Batu 7, Sandakan di Sabah Hotel pada Isnin.


Majlis yang dihadiri oleh Guru Besar SK Sungai Kayu, Awang Damit Ayob, meraikan 32 murid pra sekolah yang telah tamat pelajaran peringkat pra sekolah dan akan memasuki sekolah rendah tidak lama lagi. 


Annabell memuji usaha pihak sekolah, guru dan ibu bapa yang bertungkus lumus menjayakan majlis itu dan juga menghargai peranan ibu bapa membantu pembangunan pendidikan anak mereka di sekolah itu.


Dalam perkembangan lain, Annabell berkata, isu buli siber yang dibincangkan di Dewan Negara memperlihat keseriusan kerajaan untuk memastikan kanak-kanak atau pelajar sekolah tidak menjadi mangsa buli itu.


Comentários


bottom of page