Kestabilan Terjamin Melalui Tadbir Urus Yang Baik Dan Pembanterasan Rasuah - PM Anwar
13 November 2024
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyatakan keyakinannya terhadap kestabilan negara pada masa kini dan masa hadapan, merujuk kepada perubahan politik yang positif serta peningkatan sokongan rakyat terhadap kerajaan.
Dalam satu wawancara bersama Richard Quest daripada CNN baru-baru ini, Anwar menekankan perubahan dalam sokongan rakyat, terutama dalam kalangan masyarakat Melayu Islam di luar bandar, yang kini lebih cenderung menyokong parti pemerintah, seperti yang ditunjukkan dalam keputusan pilihan raya kecil kebelakangan ini.
“Saya rasa stabil buat masa ini dan untuk masa akan datang,” kata Anwar sambil menambah bahawa peralihan sokongan mencerminkan keyakinan yang semakin meningkat dalam pendekatan pentadbirannya.
Petikan daripada temu bual telah dikongsi oleh Quest dalam akaun X.
Bagaimanapun, Anwar berkata kestabilan itu tidak boleh digunakan untuk mengukuhkan elitis politik, sebaliknya untuk menjaga kepentingan rakyat.
“Adalah penting untuk memberi jaminan kepada orang ramai bahawa kestabilan ini adalah untuk mereka,” katanya sambil menyatakan keperluan untuk dasar yang jelas dan cekap, serta tumpuan kepada tadbir urus yang baik,” kata beliau.
Anwar berkata agenda beliau untuk membanteras rasuah secara berterusan itu, diibaratkan sebagai satu perjuangan beliau untuk negara.
Comments