top of page

Ketua Menteri Sabah Sudah Dipanggil Untuk Beri Kenyataan.-SPRM

  • nabalunews
  • Apr 10
  • 1 min read

10 April 2025


KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah memanggil Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor untuk membantu siasatan berhubung dakwaan skandal rasuah yang dikaitkan dengan perlombongan mineral di Sabah.


Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya sudah memanggil ketua menteri Sabah sebanyak dua kali untuk memberikan kenyataan kepada agensi berkenaan.


Bagaimanapun katanya, beliau tidak dapat mendedahkan apa yang ditanya SPRM ketika mengambil kenyataan daripada Ketua Menteri terbabit.


"Beliau memberikan kerjasama dari awal dahulupun dan kita telah mengambil kenyataan daripada Yang Amat Berhormat (Ketua Menteri).


"Jadi, di sini, kita (SPRM) tidak ada sebarang (tindakan) untuk melindungi sesiapa. Kita 'transparent' dalam menjalankan siasatan,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas program Cakna Rasuah SPRM Bersama Media Sabah, di sini, hari ini.


Azam berkata, beliau mengesahkan Ketua Menteri tidak terbabit dalam sebarang video dakwaan rasuah disebarkan sebelum ini yang kini masih dalam siasatan SPRM.

Comentários


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page