top of page

Ketua UPKO Kudat Hulur Sumbangan Kepada Gereja PCS Kampung Longgom

nabalunews


17 Mac 2025


KUDAT: Ketua Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Bahagian Kudat, Junsim Rumunzing, terus menunjukkan komitmennya terhadap pembangunan masyarakat dengan menyumbang kepada keperluan Protestant Church in Sabah (PCS) Kampung Longgom.


Mewakili beliau, Ahli Jawatankuasa (AJK) UPKO Bahagian Kudat yang juga Timbalan Ketua Pusat Daerah Mengundi (PDM) UPKO Kabatasan, Masri Rumanjee, telah menyerahkan sumbangan kepada Pengerusi Gereja PCS Kampung Longgom, Ondiri Magundun.


Menurut Junsim, gereja ini merupakan projek baru yang dibina hasil sumbangan pelbagai pihak. Walau bagaimanapun, masih terdapat keperluan tambahan, terutamanya pemasangan mosaik lantai bersaiz 30x40 kaki bagi melengkapkan kemudahan gereja.



Beliau berharap lebih ramai individu dan badan bukan kerajaan tampil menghulurkan bantuan agar gereja ini dapat disiapkan sepenuhnya untuk kegunaan komuniti setempat.


“Kami mengalu-alukan sebarang bentuk sumbangan demi memastikan gereja ini dapat berdiri kukuh sebagai pusat ibadat dan kebersamaan masyarakat,” kata Junsim.


Dengan adanya sokongan seperti ini, diharapkan Gereja PCS Kampung Longgom dapat beroperasi sepenuhnya dalam masa terdekat, memberi manfaat kepada penduduk setempat dalam aspek rohani dan sosial.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page