Ketua UPKO Ranau Hadir Ziarah Penghormatan Terakhir Angandong Bayanan
26 Februari 2025
Oleh : Wartawan Nabalu News
RANAU: Ketua Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Bahagian Ranau, Georgina George, hadir menziarahi bagi memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Angandong Bayanan di Kampung Togis, Ranau, pada 25 Februari 2025.
Menurut Georgina, mendiang merupakan bapa kepada Pengerusi Tetap UPKO Bahagian Ranau, Martin Angandong.
Kehadiran beliau bersama beberapa rakan dalam UPKO Ranau menunjukkan solidariti dan penghormatan kepada keluarga yang kehilangan insan tersayang.
Dalam kenyataannya, Georgina menyatakan bahawa seluruh UPKO Ranau turut berduka atas kehilangan ini dan mendoakan agar keluarga mendiang diberikan ketabahan dalam menghadapi dugaan tersebut.
"Semoga mendiang dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman," ujar Georgina dalam ucapan takziahnya.
Kehadiran wakil UPKO Ranau bukan sahaja sebagai tanda penghormatan, tetapi juga sebagai sokongan moral kepada keluarga yang sedang berduka. Ini mencerminkan semangat kekeluargaan dan keprihatinan yang tinggi dalam kalangan masyarakat setempat.
Comments