top of page
Wartawan Nabalu News

Keunikan Sabah, masyarakat Dusun, sambutan Tahun Baharu Cina


Anita (kanan) bergambar bersama para penari tarian singa.

1 Feb 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Walaupun perayaan Tahun Baharu Cina amat sinonim dengan masyarakat Tionghua namun di Sabah perayaan ini turut disambut pelbagai kaum termasuk masyarakat Dusun selain Dusun Tatana.


Pengusaha Nieta Refleksologi Anita Goukit, seorang usahawan Dusun dari Kg.Sunsuron Tambunan berkata, setiap kali sambutan Tahun Baharu Cina mereka akan meraikannya bersama saudara yang berbangsa Cina.



"Dalam adik-beradik, tidak ada yang kahwin campur tapi ramai sepupu saya kahwin campur, jadi tiada masalah menyambut Tahun Baharu Cina dan Hari Raya bersama-sama mereka," katanya kepada Nabalu News, hari ini.


Anita yang mengusahakan Nita Refleksologi sejak lapan tahun lalu di Kepayan Ridge menerima kunjungan Persatuan Tarian Singa di premisnya sebagai tanda menghormati para pelanggannya berbangsa Cina.


"Pelanggan saya dari pelbagai bangsa dan agama, jadi kita harus menghormati mereka dengan sama-sama memeriahkan sambutan Tahun Baharu Cina.


"Saya gembira menerima kehadiran para penari Tarian Singa di kedai saya. Semoga Tahun Harimau membawa lebih rezeki kepada semua rakyat Sabah," katanya.


Tarian Singa dipercayai dapat membawa tuah dan rezeki mengikut kepercayaan masyarakat Cina. Alunan gendang, simbal dan gong serta dentuman mercun yang dimainkan semasa tarian ini juga bertujuan menghalau roh atau semangat jahat kerana dikatakan roh jahat tidak suka akan bunyi kuat atau bising.


Comments


bottom of page