top of page
nabalunews

KGNS sambut ketibaan Tun Musa di Terminal 2 KKIA


20 Disember 2024


KENINGAU: Persatuan Kebudayaan Dan Kebajikan Etnik Kujau Gana Nabai Sabah (KGNS) turut serta menyambut ketibaan Tun Musa Aman dari Kuala Lumpur di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada Rabu.


Seramai 15 orang ahli KGNS yang diketuai oleh Presiden KGNS, Petronella Munting dan turut disertai Timbalan Presiden KGNS Yazid Mohd Hasnan Tawik @ Charles.


Yazid mewakili ahli-ahli KGNS mengucapkan Tahniah kepada Tun Musa atas pelantikan sebagai Tuan Yang Terutama Yang Pertua Negeri Sabah yang 11.


Beliau berkeyakinan Tun Musa boleh membawa perubahan besar dan kejayaan kepada Sabah semasa pemerintahannya.


Katanya, sebagai bekas Ketua Menteri Sabah paling lama selama 15 tahun, sudah tentu Tun Musa mempunyai pengalaman yang luas dalam urustadbir kerajaan.


"Dengan pengalaman itu dan juga hubungan yang baik dengan negara luar, Tun sudah tentu tidak ada masalah sebagai Ketua Kerajaan Sabah" jelasnya.


Yazid juga yakin Tun Musa dapat memacu pembangunan Sabah.

Comments


bottom of page