Khidmat masyarakat pelajar dari United Kingdom di Kampung Kiau Nuluh Kota Belud
15 Ogos 2024
KOTA BELUD : 186 pelajar antarabangsa dari United Kingdom berkampung di Kiau Nuluh, Kota Belud selama hampir sebulan untuk melaksanakan program khidmat kemasyarakatan atau Community Service.
Kumpulan terdiri 97 pelajar perempuan dan 89 pelajar lelaki ini menjalankan aktiviti khidmat kemasyarakatan di Kampung Kiau Nuluh bermula 10 Julai sehingga 6 Ogos lalu.
Mereka melakukan pelbagai program khidmat kemasyarakatan termasuk membersih dan mengindahkan kawasan kampung dan membina perhentian bas di kampung ini.
Pelajar antarabangsa ini memilih Sabah sebagai destinasi untuk mereka kunjungi ketika cuti musim panas atau "Summer Holiday" di Britain.
Sepanjang berada di Sabah, mereka menerokai keindahan
alam semulajadi dan mempelajari keunikan budaya masyarakat Sabah, melalui pengalaman jungle trekking termasuklah mendalami adat dan budaya setiap kampung yang mereka lawati termasuklah menikmati juadah makanan tradisional.
Apa saja keperluan mendesak d setiap kampung yang mereka lawati seperti keperluan dan kemudahan asas penduduk, akan diusahakan mereka.
Seorang penduduk Kampung Kiau Nuluh,
Rayner Yukun berterima kasih kepada kumpulan pelajar berkenaan yang membina perhentian bas bagi kegunaan penduduk kampung.
"Bagi pihak JKKK Kampung Kiau Nuluh, kami sangat bersyukur kerana mereka telah membina satu perhentian bas bagi kegunaan kanak-kanak sekolah bagi menggantikan kemudahan lama yang sudah uzur. Saya juga berterima kasih kerana kumpulan pelajar antarabangsa itu membina laluan tangga menggunakan tayar terpakai bgi pejalan kaki untuk menghubungkan jalan raya utama ke kawasan padang dan dewan Kiau Nuluh," kata Rayner.
Rombongan pelajar kulit putih ini dibawa ke Sabah oleh beberapa agensi pelancongan dan Kenal Kiau melalui Promosi Lily Venture’s and trek (Kiau Camp Manager).
Komentarji