Kibing buka lebih 700 peluang pekerjaan baharu
- nabalunews
- 5 hours ago
- 1 min read

25 April 2025
KOTA KINABALU: Lebih 700 peluang pekerjaan baharu untuk rakyat di negeri dapat diwujudkan menerusi pengambilan tenaga kerja terbaharu oleh Kumpulan Kibing bermula Mei ini.
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, pengambilan baharu itu bakal menambah kepada jumlah lebih 1,600 rakyat Sabah yang sudah bekerja dalam pelbagai jawatan pengurusan, kejuruteraan, teknikal dan operasi di Kumpulan Kibing.
“Ini menunjukkan komitmen berterusan Kumpulan Kibing dalam menyediakan pekerjaan kepada rakyat tempatan selain menjadi pelabur terbesar di Sabah yang menjana impak ekonomi luar bandar dan melatih tenaga mahir tempatan,” katanya dalam satu hantaran media sosial, hari ini.

Selain itu, katanya, kumpulan itu melabur dalam satu lagi projek untuk membina kilang pembuatan kaca solar baharu bernilai RM7.2 bilion di Kimanis.
“Daripada kilang kaca solar pertama bernilai RM2.5 bilion dan kini berkembang kepada projek kedua di Kimanis bernilai RM7.2 bilion. Sememangnya, ini adalah bukti kejayaan dasar pelaburan negeri yang inklusif dan mampan,” katanya.
Hajiji berkata, kerajaan negeri akan terus memastikan pelaburan yang masuk membawa manfaat nyata kepada rakyat, dengan memberi keutamaan kepada rakyat Sabah dalam aspek peluang pekerjaan, latihan dan kemajuan kerjaya.
Comments