top of page

Kilang dan rumah pekerja musnah dalam kebakaran di Menggatal

  • nabalunews
  • 6 hours ago
  • 1 min read


29 April 2025


KOTA KINABALU: Sebuah kilang dan rumah pekerja musnah sepenuhnya dalam kebakaran besar yang berlaku di Kilang Syarikat Sinar Bayu, Jalan Kokol, Menggatal awal pagi tadi.


Menurut kenyataan dari Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui talian balai pada jam 3.50 pagi.


Jentera pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas tiba di lokasi kejadian kira-kira 10 minit kemudian.


Komander Operasi, PBK II Wilfred Sulai melaporkan bahawa kebakaran melibatkan sebuah kilang dan rumah pekerja jenis separuh kekal yang berkeluasan 100x200 kaki telah terbakar 100 peratus


“Turut terbakar dalam kejadian ialah satu lori tangki air, sebuah forklift, sebuah kereta Proton Satria dan sebuah kenderaan pacuan empat roda, kesemuanya musnah terbakar,”katanya.


Pasukan bomba bertindak memadamkan kebakaran menggunakan satu aliran 300 kaki dengan dua pancutan air, menggunakan sumber air dari jentera water tanker bomba. Operasi kebakaran dikawal pada jam 5.08 pagi.


Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam insiden tersebut.


Operasi melibatkan 24 anggota dari BBP Lintas, BBP Kota Kinabalu dan BBP Tuaran dengan kekuatan logistik termasuk dua buah jentera FRT, satu unit EMRS dan dua buah water tanker.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page