top of page
nabalunews

KKDW Akan Pastikan Projek Di Bawah RMK12 Di Sarawak Disiapkan

2 November 2024


BETONG: Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan memastikan kesemua projek di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Sarawak disiapkan sepenuhnya sebelum peralihan ke Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).


Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata langkah ini bagi memastikan penyelesaian projek-projek sedia ada sebelum Kerajaan Persekutuan merangka dan mengenal pasti projek-projek baharu yang akan dimasukkan ke dalam RMK13 yang bertujuan untuk memastikan manfaatnya dapat dirasai oleh rakyat di negeri tersebut.


"Sebagaimana yang pernah saya sebutkan bahawa jalan yang menyambungkan pekan atau bandar ke Lebuhraya Pan Borneo mesti diberikan keutamaan kerana kita mahu pembangunan itu melebar ke kawasan di perdesaan atau luar bandar," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Panjang Enteri Lengkoi, Samu Ulu Paku, Spaoh di sini hari ini, lapor Bernama.


Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri, berkata Kerajaan Pusat komited dalam memastikan pembangunan seimbang yang berterusan di semua wilayah di Malaysia.


Beliau berkata apa yang penting ialah jalinan kerjasama di antara kerajaan pusat dan negeri bagi memastikan pembangunan terus berlaku.


"Jalinan ini bukan hanya terdapat di dalam hubungan rasmi tetapi yang lebih penting adalah hubungan peribadi atau personal networking yang banyak membantu keselarasan bukan soal pembangunan sahaja tetapi juga berimbangan kemajuan di antara wilayah," katanya.

Comments


bottom of page