top of page

KKM Sasar Lantik 3,000 Pegawai Perubatan Siswazah tahun ini

nabalunews

20 Februari 2025


KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mensasarkan pelantikan 3,000 Pegawai Perubatan Siswazah (PPS) tahun ini.


Semua PPS itu akan ditempatkan di 49 Hospital Latihan Siswazah (HLS) di seluruh negara.


Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, pada suku pertama tahun ini, seramai 1,114 Pegawai Perubatan Gred UD9 telah dilantik secara kontrak bagi menjalani latihan siswazah di 49 HLS.


Katanya, pelantikan PPS kini dilaksanakan enam kali setahun dengan selang masa dua bulan, berbanding tempoh menunggu lebih satu tahun sebelum ini.


“Langkah ini merupakan sebahagian daripada inisiatif berterusan KKM untuk menambah baik sistem latihan perubatan di negara ini.


“Pendekatan ini juga bertujuan mempercepatkan kemasukan graduan ke dalam bidang perubatan secara lebih tersusun dan berkesan,” katanya di Dewan Rakyat, pada Rabu.


Berdasarkan statistik KKM, seramai 3,316 graduan yang berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) pada tahun 2024 telah dilantik sebagai PPS dan ditempatkan di HLS seluruh negara.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page