KLUSTER BAHARU DI KINABATANGAN MELIBATKAN PEKERJA LADANG
9 Feb 2021
Oleh Wartawan Nabalu News
KOTA KINABALU: Satu kluster baharu dilaporkan di Sabah hari ini melibatkan pekerja ladang dikenali sebagai Kluster Hulu Jerocco di Kinabatangan.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, sembilan kes positif Covid-19 dicatatkan dalam kluster itu, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 29 kes.
“Kes indeks merupakan seorang pekerja ladang yang dikesan positif Covid-19 hasil saringan PERKESO.
“Saringan kontak rapat dan tempat kerja, mendapati 28 kes lagi positif Covid-19 telah dikesan melalui ujian RTK Ag dan rt-PCR.
“Aktiviti pengesanan masih diteruskan ke ladang-ladang milik syarikat yang sama,” katanya dalam kenyataan akhbar, di sini hari ini.
Comments