top of page

KLUSTER LADANG DUA PARIS KINABATANGAN, KLUSTER BAHARU, BABITKAN PEKERJA

  • Wartawan Nabalu News
  • Apr 26, 2021
  • 1 min read

25 April 2021 Oleh Wartawan Nabalu News KOTA KINABALU: Satu kluster baharu direkodkan hari ini dikenali sebagai Kluster Ladang Dua Paris di Kinabatangan melibatkan pekerja pejabat Ladang Abedon. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, kes indeks merupakan kerani di ladang terbabit yang disahkan positif COVID-19 hasil saringan bergejala di sebuah klinik kesihatan pada 20 April lalu. “Berdasarkan rekod pergerakan, kes indeks dipercayai mendapat jangkitan ketika melawat ahli keluarganya di Lahad Datu pada 13 April lalu. “Turut dijangkiti dan disahkan positif ialah dua rakan sepejabat kepada kes indeks,” katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini. Masidi berkata, susulan kes tersebut, saringan kontak rapat dan tempat kerja mendapati 10 lagi kes positif menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 13 kes. Katanya, aktiviti persampelan ujian Covid-19 masih giat dijalankan.

コメント


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page