top of page

KLUSTER PATIKANG ULU KENINGAU, CATAT 37 KES

nabalunews

gambar hiasan

14 Feb 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Satu kluster baharu dilaporkan di Sabah hari ini melibatkan daerah Keningau dikenali sebagai Kluster Patikang Ulu.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, kluster itu mencatatkan dua kes positif Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 37 kes.


“Kes indeks merupakan penduduk Kampung Patikang Ulu yang dikesan positif melalui saringan bergejala pada 05 Februari.

“Hasil saringan kontak rapat 36 lagi kes positif berjaya dikesan,” katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.


Masidi berkata, jumlah kes positif baharu Covid-19 hari ini sebanyak 116 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 51,332 kes.


Beliau berkata, satu kes kematian turut direkodkan hari ini iaitu di daerah Kota Kinabalu.


“Daripada 116 kes positif Covid-19 yang dicatatkan, sebanyak 90 kes (77.6%) berpunca dari saringan kontak rapat, saringan bergejala 13 kes (11.2 %), saringan kluster baharu dan sedia ada tiga kes (2.6%) dan 10 kes (8.6%) adalah dari lain-lain kategori,” katanya.

Masidi berkata, seramai 220 pesakit Covid-19 telah sembuh dari hospital menjadikan jumlah kumulatif sembuh 49,368 orang.

“Sejumlah 1,045 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 411 orang di hospital, 631 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam dan tiga (3) orang lagi di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara.


“Bilangan pesakit Covid-19 dalam ICU ialah 63 orang dan 21 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page