top of page
nabalunews

Kolej Geomatika Keningau adakan kunjungan hormat kepada Robert

10 Oktober 2024


KENINGAU: Kolej Geomatika Keningau mengadakan kunjungan hormat kepada Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik @ Nordin.


Rombongan dari Kolej itu diketuai oleh Rektor merangkap Naib Presiden 1 Geomatika College Keningau Professor Madya Faridah Muri bersama dengan Pengurus Pusat Bertauliah Geomatika TVET College Keningau Nickholin Nelvin.


Menurut Faridah, objektif utama kunjungan hormat itu adalah bagi membincangkan program kolaborasi Agenda Pendidikan dan Kemahiran (TVET) bersama komuniti di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bingkor.


Katanya, Kolej Geomatik Keningau akan memberi kerjasama untuk merealisasikan hala tuju slogan yang diilhamkan Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor iaitu  "Bingkor Membangun Bersama Rakyat"


Pada masa sama Faridah mengucapkan terima kasih kepada Robert kerana memberi ruang kepada mereka dalam kunjungan tersebut.


Sementara itu Robert yang mengalu-alukan kunjungan hormat itu berkata, beliau sentiasa memberi kerjasama kepada mana-mana pihak yang mengadakan kunjungan dan ingin menjalinkan kolaborasi kepada pejabat ADUN Bingkor bersama dengan pejabat Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Bingkor.


Mengenai program kolaborasi Agenda Pendidikan dan Kemahiran (TVET) bersama komuniti di kawasan DUN Bingkor yang dirancang oleh pengurusan Kolej Geomatika, Robert berkata, ia merupakan landasan yang baik untuk memberi peluang kepada komuniti untuk mengenali lebih dekat institusi pendidikan yang terdapat di daerah ini khususnya Kolej Geomatika.


"Sebagai salah satu wakil rakyat di daerah ini, saya peka dengan masa depan pembangunan pendidikan di kawasan ini dan memberi kerjasama dalam apa juga program yang dianjurkan oleh mana-mana institusi pendidikan di sini" katanya.


Turut mengalu-alukan kunjungan hormat itu, Pegawai Pembangunan Masyarakat  N.40 Bingkor Tinus Majip.

Hozzászólások


bottom of page