top of page

Kompleks Sukan Sook akan dibina tahun ini

  • nabalunews
  • 1 hour ago
  • 1 min read


Ellron menyalakan obor kejohanan sebagai tanda rasminya kejohanan itu.
Ellron menyalakan obor kejohanan sebagai tanda rasminya kejohanan itu.

24 April 2025


SOOK: Kompleks Sukan Daerah Sook akan dibina tahun ini menerusi peruntukan tambahan daripada Kerajaan Negeri.


Menteri Belia Dan Sukan Datuk Ellron Angin berkata, projek itu akan memberi impak besar kepada pembangunan sukan tempatan dan kemudahan riadah masyarakat setempat di daerah ini.


Ellron yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sook mengumumkan perkara ini semasa berucap merasmikan Kejohanan Olahraga MSS Zon Trusmadi kali ke-40, di padang Sekolah Kebangsaan (SK) Tulid dekat sini pada Rabu.


Katanya, dengan adanya kompleks itu nanti, penganjuran kejohanan sama ada di peringkat sekolah dan sebagainya akan menjadi lebih sistematik dan mampu menarik lebih banyak penyertaan di masa akan datang.


Ellron dalam ucapannya turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak penganjur atas jemputan serta usaha menganjurkan temasya tahunan ini yang disifatkannya sebagai platform terbaik membina sahsiah murid di peringkat awal.


Menurut Ellron, penglibatan awal murid dalam aktiviti sukan bukan sahaja dapat membentuk disiplin yang tinggi, malah menyemai semangat kesukanan dan nilai murni dalam diri pelajar.


“Sukan bukan sekadar menyihatkan tubuh dan minda, malah membina keyakinan diri, kreativiti serta inovasi dalam kalangan murid. Ini sangat penting untuk menjana pembangunan modal insan yang holistik seperti yang disasarkan Kementerian Pendidikan Malaysia" jelasnya.


Beliau berkata, Zon Trusmadi merupakan antara zon yang terbesar di Daerah Keningau.


Pada masa sama Ellron mengucapkan tahniah kepada semua pentadbir sekolah dan PIBG atas komitmen mereka dalam memastikan kejohanan ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.



Opmerkingen


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page