Komponen Mekanikal, Kekurangan Tenaga Mahir Punca Insiden Masalah Teknikal Pesawat MAB
28 Ogos 2024
PUTRAJAYA : Isu membabitkan komponen mekanikal dan kekurangan tenaga pekerja mahir antara faktor berlakunya insiden masalah teknikal membabitkan pesawat syarikat penerbangan Malaysia Airlines Berhad (MAB) baru-baru ini.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata itu adalah dapatan siasatan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) ke atas MAB termasuk syarikat MAB Engineering Services (MABES) pada 24 hingga 28 Jun lalu.
Beliau berkata dapatan berkenaan turut dibentangkan pada mesyuarat Jemaah Menteri dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini hari ini.
“CAAM mendapati 63 orang daripada 411 pekerja MABES yang boleh memperakukan perihal selamat pesawat penerbangan telah berhenti dan berhijrah ke tempat lain,
“Ia berkemungkinan disebabkan tawaran gaji lumayan yang disediakan oleh syarikat penyelenggara lain,” katanya dalam sidang media di sini hari ini seperti dilaporkan Bernama.
Comments