top of page
nabalunews

Komuniti MADANI tingkatkan semangat kenegaraan dan perpaduan - Fahmi


10 November 2024


KUCHING: Kewujudan Komuniti MADANI bukan sahaja bertujuan menyampaikan maklumat tetapi juga sebagai ejen penyatuan masyarakat.


Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, menegaskan bahawa peranan Komuniti MADANI adalah untuk meningkatkan semangat kenegaraan dan mendedahkan masyarakat kepada kepelbagaian budaya di Malaysia.


“Salah satu perkara yang ingin kita pertingkatkan melalui kewujudan Komuniti MADANI ini ialah program kenegaraan yang mana saling menghormati kepelbagaian kaum, bangsa, dan agama di samping mengeratkan lagi hubungan,” katanya semasa ditemui di Program Pemukiman Komuniti MADANI di sini.


Fahmi turut memaklumkan bahawa terdapat 246 Komuniti MADANI di Sarawak, di mana setiap komuniti telah menerima peruntukan sebanyak RM10,000 tahun ini.


Selain itu, Kementerian Komunikasi akan mengadakan perbincangan bersama Kementerian Perpaduan untuk melaksanakan usaha silang kementerian bagi memperkukuh perpaduan dalam masyarakat dan memastikan dasar kerajaan dapat difahami serta disampaikan dengan berkesan kepada rakyat.

Comments


bottom of page