top of page
nabalunews

Komuniti SIB Mangkulat Kadamaian anjur bazar kumpul dana pembangunan kelas PKK




26 Oktober 2024


KOTA BELUD: Komuniti Gereja Sidang Injil Borneo (SIB) Kampung Mangkulat Kadamaian, Kota Belud, telah mengadakan Program Bazar 2024 pada hari ini, 26 Oktober, bertempat di perkarangan gereja tersebut yang bertujuan untuk mengumpul dana bagi pembinaan kelas Pelayanan Kanak-Kanak (PKK), dengan pelbagai jualan makanan dan minuman disediakan oleh komuniti tempatan.


Sambutan yang menggalakkan bukan sahaja menunjukkan semangat masyarakat untuk berganding bahu demi pembangunan gereja, malah merapatkan hubungan silaturahim antara penduduk setempat.


Ketua Pegawai Perhubungan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Carlye Lajimin, turut hadir bersama Penyelia Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Kadamaian, Joel Deukin. Kehadiran mereka memberi sokongan moral yang besar kepada inisiatif komuniti ini.


Dalam lawatan tersebut, Carlye Lajimin bersama pimpinan gereja berkesempatan meninjau tapak cadangan projek pembangunan kelas PKK yang akan dilaksanakan.


Sebagai tanda sokongan kepada usaha ini, Carlye menyerahkan sumbangan ikhlas daripada Touchpoint ADUN Kadamaian, sumbangan daripada Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi merangkap ADUN Kadamaian, kepada Jasnin Amat, wakil penerima dari Gereja SIB Mangkulat.


Sumbangan ini mencerminkan komitmen berterusan Ewon dalam menyokong pembangunan komuniti setempat, sekali gus mengukuhkan lagi semangat masyarakat Kadamaian untuk berganding bahu dalam menjayakan projek yang dirancang.

Comments


bottom of page