top of page

KPDN anjur PJRM Back To School Sempena musim cuti persekolahan

nabalunews

Armizan sedang membantu memakaikan seragam sekolah kepada salah seorang murid, diperhatikan oleh ibu bapa murid berkenaan, di sebuah pasaraya pakaian di ITCC, hari ini
Armizan sedang membantu memakaikan seragam sekolah kepada salah seorang murid, diperhatikan oleh ibu bapa murid berkenaan, di sebuah pasaraya pakaian di ITCC, hari ini

9 Februari 2025


PENAMPANG: Sebanyak 175 pasaraya, kedai pakaian dan pusat membeli belah di seluruh negara menyertai Program Jualan Rahmah Madani (PJRM) Back to School.


Menteri Pedagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, program itu bertujuan membantu meringankan beban ibu bapa dalam membeli keperluan sekolah untuk anak-anak mereka.


Katanya, program yang dilaksanakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) itu merupakan sebahagian daripada inisiatif di bawah agenda Payung Rahmah.


“Program ini mendapat peruntukan tambahan sebanyak RM100 juta untuk tahun 2025, menjadikan jumlah keseluruhan RM300 juta untuk pelaksanaan pelbagai program kebajikan.


"Program PJRM Back to School bertujuan untuk menawarkan barangan kelengkapan sekolah diskaun antara 10 hingga 30 peratus lebih murah berbanding harga pasaran semasa," katanya.


Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Program Jualan Rahmah Madani Back To School 2025 sempena musim cuti persekolahan di salah sebuah pasaraya di ITCC, di sini, hari ini.


Turut hadir Pengarah KPDN Sabah, Shahril Nizam Shahidin dan Pengurus Besar ITCC, Benjamin Malakun.


Armizan berkata, terdapat 45 sehingga 70 unit penyimpanan stok (SKU) bagi barangan keperluan sekolah ditawarkan termasuk pakaian seragam, kasut, dan alat tulis melibatkan sebanyak 174 pasaraya, kedai pakaian dan juga pusat membeli-belah menyertai dalam program ini.


“Setakat 8 Februari semalam, daripada sasaran 243 tersebut, kita telah melaksanakan sebanyak 101 PJRM Back to School di seluruh negara yang telah bermula pada 16 Januari dan dijangka berakhir pada 18 Februari ini,” katanya.


Armizan berkata, sambutan terhadap program ini amat menggalakkan dan pihaknya bercadang untuk meningkatkan kekerapan program pada tahun depan jika sambutan terus positif.


“Sekiranya kita melihat sambutan program ini menggalakkan, saya fikir kita perlu tambah lagi kekerapan siri program ini pada tahun hadapan.


Namun, setakat ini saya dimaklumkan, feedback adalah amat memberangsangkan dan sambutan cukup luar biasa,” katanya.


Selain program Back to School, Armizan berkata, KPDN juga menjalankan program PJRM semasa musim perayaan, yang turut menawarkan barangan sesuai dengan tema perayaan seperti Krismas, Tahun Baru Cina, dan Hari Raya.


Selain itu, beliau turut memaklumkan bahawa KPDN menjalankan pemeriksaan secara berterusan melalui Ops Kesan untuk memastikan tiada elemen pencatutan berlaku dalam penjualan barangan keperluan sekolah.


Beliau juga menggalakkan orang ramai untuk melaporkan sebarang aduan berkaitan harga atau penipuan dengan menggunakan saluran aduan rasmi yang telah disediakan, bagi memastikan tindakan segera dapat diambil.

Kommentit


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page