top of page
nabalunews

KPDN Sabah laksana SHMMP Krismas 2024, pastikan harga barangan stabil sepanjang musim perayaan



23 Disember 2024

 

KOTA KINABALU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sabah memulakan pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Krismas 2024 hari ini di seluruh negeri.

 

Pengarah KPDN Sabah, Tuan Shahril Nizam Shahidin, memaklumkan bahawa langkah ini bertujuan memastikan kestabilan harga barangan sepanjang musim perayaan. 

 

Jelas beliau skim ini melibatkan kawalan harga terhadap 13 jenis barangan keperluan seperti kepak ayam, bawang merah, kubis bulat import, dan daging babi.

 

“Skim ini akan dikuatkuasakan selama lima hari, bermula 23 hingga 27 Disember 2024, melalui Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011. 

 

“Pelaksanaan skim ini juga sebahagian dari usaha prihatin kerajaan untuk menstabilkan harga ketika permintaan dijangka meningkat bagi membolehkan rakyat Malaysia berbilang kaum, agama dan budaya menikmati skim ini dalam keadaan ceria dan harmoni,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

Tambah beliau, sebanyak 204 pegawai penguat kuasa dan 72 pegawai pemantau harga telah dikerahkan untuk memantau keberadaan bekalan dan pematuhan di pasar awam, pasar tani, dan pusat membeli-belah di Sabah

 

Sepanjang tahun ini, KPDN Sabah telah memeriksa 66,189 premis dengan nilai sitaan melebihi RM9.8 juta. 

 

Orang ramai diminta untuk melaporkan sebarang aduan berkaitan pelanggaran peraturan melalui saluran seperti WhatsApp, portal e-Aduan KPDN, dan aplikasi Ez ADU KPDN. 

 

 

Comments


bottom of page