top of page
Wartawan Nabalu News

KPKM laksana langkah intervensi tingkatkan 20% bekalan beras putih tempatan

4 Sept 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


PUTRAJAYA: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) sedang giat melaksanakan langkah intervensi bagi meningkatkan bekalan beras putih tempatan (BPT) di pasaran.


Jelas kementerian itu, antara langkah yang diambil adalah meminta pihak pengilang padi dan pemborong beras untuk meningkatkan 20 peratus bekalan BPT melalu Program Khas Beras Putih Tempatan ke dalam pasaran.


Melalui Sesi Libat Urus Bersama Pihak Industri Pangang Padi Dan Pemborong Beras Zon Utara pada 27 Ogos bertempat di Alor Setar, Kedah, pihak pengilang padi telah bersetuju untuk memberikan tambahan 20 peratus kuota padi mereka kepada Kerajaan melalu BERNAS.


"Menerusi program ini, pihak BERNAS akan memberikan kouta tambahan ini kepada pemborong-pemborong Bumiputera untuk menambah bekalan BPT пеgага.


"KPKM berharap dengan langkah intervensi ini, bekalan pasaran BPT akan kembali pulih dalam waktu terdekat dengan pertambahan pengeluaran BPT di pasaran.


"Sehingga kini, harga BPT masih kekal pada harga RM2.60/kg sejak tahun 2008 dan lanya adalah harga terendah di rantau ini.


"Selain itu pihak KPKM akan turut mengadakan Sesi Dialog Belanjawan 2024 Kementerian Pertanian Dan Keterjaminan Makanan (KPKM) Bersama Dengan Pemain Industri Pihak Berkepentingan di Bawah Subsektor Padi pada 7 Sept di MAEPS Serdang, Selangor," kata KPKM dalam satu kenyataan.


KPKM berkata, antara tujuan sesi ini diadakan adalah untuk mendapatkan input dan pandangan daripada pemain industri untuk meningkatkan pengeluaran BPT.


Dalam masa yang sama, perantauan berterusan di seluruh negara melalu kolaborasi bersepadu antara Kawaisela Padi dan Beras (KPB), KPKM dan Bahagian Penguatkuasa, Kementerian Perdagangan Dalam Negen dan Kos Sara Hidup (KPDN) melalui Operasi Jamin (OP JAMIN) sejak 1 Julai 2923 adalah masih benerusan dalam meningkatkan penguatkuasaan, perkongsian pertukaran maklumat dan pemantauan antara agensi


"KPKM telah melancarkan Operasi Beras Putih (OP BPT) bermula 16 Ogos bagi menumpukan pemeriksaan dan penguatkuasaan peringkat pengilang padi dan pemborong beras seluruh negara.


"Sekiranya didapati ada pihak gagal untuk mematuhi perundangan Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 (Akta 522], KPKM melalui kuasa Ketua Pengarah Kawalselia Padi dan Beras berhak untuk membatalkan atau menggantung setiap lesen yang telah dikeluarkan," katanya.


Sebarang maklumat atau aduan berhubung isu berbangkit mengenai kekurangan bekalan BPT di pasaran, sila kemukakan aduan secara rasmi bersama butiran dan maklumat yang lengkap melalui, Portal Aduan KPB (https://skpb.kpkm.gov.my/adu), E-mel Rasmi (aduankpb@kpkm.gov.my), dan hotline: 03-88701751/1748/1183.

Yorumlar


bottom of page