KPKM perkenal strategi baharu atasi kekurangan beras putih tempatan
9 Oktober 2024
PUTRAJAYA: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan merangka pelaksanaan beberapa strategi baharu dalam usaha menangani kekurangan bekalan beras putih tempatan.
Menteri KPKM, Datuk Seri Mohamad Sabu menekankan bahawa langkah ini bertujuan untuk memperkukuh tatakelola sektor padi dan beras di negara ini melalui pengasingan kuasa agensi-agensi yang terlibat.
“Beberapa langkah akan diambil untuk mereformasikan sektor ini, iaitu pemantapan tatakelola sektor padi dan beras dengan pengasingan kuasa antara Bahagian Pembangunan Industri Padi (PIP), Kawalselia Padi Beras (KPB) dan wakil Kerajaan dalam BERNAS akan segera dilaksanakan,” katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan KPKM di sini.
Mohamad Sabu turut mengumumkan pengenalan Peraturan Melarang Campuran Beras Putih Tempatan dengan Beras Putih Import dalam masa terdekat sebagai langkah tambahan untuk memastikan ketelusan dalam pasaran beras.
תגובות