KPKM tingkat keterjaminan makanan negara melalui pemanfaatan tanah terbiar
7 November 2024
KUALA LUMPUR: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) terus komited dalam memajukan sektor agromakanan negara dengan memaksimumkan penggunaan tanah terbiar melalui kerjasama strategik bersama kerajaan negeri, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC).
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Arthur Joseph Kurup, menjelaskan bahawa pelbagai inisiatif sedang dijalankan, termasuk program penanaman padi berskala besar dan pembangunan industri jagung bijian untuk memperkukuh bekalan makanan negara.
"Yang pertama pelaksanaan program SMARTSawah berskala besar atau SMARTSPB, yang melibatkan kerjasama strategik antara kementerian dan 25 buah syarikat peneraju seperti BERNAS, FGV Integrated Farming Holding Sdn. Bhd., Pertubuhan Peladang Kebangsaan, Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) dan Perbadanan Kemajuan Pertanian di Pahang bagi meningkatkan produktiviti pengeluaran beras," katanya.
“Kita sangat terbuka untuk meningkatkan lagi program-program yang lain seperti tanaman jangka pendek untuk meningkatkan pendapatan pekebun kecil RISDA," kata Arthur dalam sesi soal jawab, di Dewan Rakyat,” katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat.
Comentários