top of page

KPM sasar sistem satu sesi di semua sekolah menjelang 2030

nabalunews

6 Februari 2025


KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyasarkan agar semua sekolah di seluruh negara melaksanakan sistem satu sesi menjelang tahun 2030.


Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, langkah ini diambil untuk mengatasi pelbagai isu kritikal seperti kesesakan sekolah, kekurangan guru, dan keadaan sekolah yang uzur serta memastikan pembinaan sekolah baharu berjalan lancar.


Menurutnya, kira-kira 9,000 daripada lebih 10,000 sekolah di Malaysia telah mula menggunakan sistem satu sesi, lapor Bernama.


“Memang menjadi hasrat kita untuk sekolah ini menjadi satu sesi sahaja bagi mencapai maksud dan hasrat kita bahawa sekolah itu adalah sekolah yang kondusif untuk anak-anak.


“Jadi insya-Allah mudah-mudahan kita berhasrat untuk melihat lebih banyak lagi sekolah melaksanakan satu sesi dan ini adalah perkembangan yang baik dalam pendidikan.”


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program Intan Minister’s Conversation: Pendidikan Menyemai Kepimpinan, Membentuk Generasi Hadapan di INTAN Kampus Wilayah Selatan.


Sehingga Disember lalu, sebanyak 8,997 buah sekolah, atau 87.9 peratus daripada jumlah keseluruhan sekolah di Malaysia, telah melaksanakan sistem satu sesi, yang turut meringankan beban tugas guru.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page