top of page
nabalunews

KPM tingkatkan pembelajaran STEM, enrolmen meningkat hampir 60 peratus


12 Disember 2024

 

KUALA LUMPUR: Usaha berterusan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menjadikan pembelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM) lebih menarik membuahkan hasil apabila enrolmen murid dalam bidang itu meningkat hampir 60 peratus setakat Jun 2024. 

 

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, pencapaian ini selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang menekankan pendekatan pembelajaran baharu dan pemantapan kurikulum. 

 

"Penekanan diberikan kepada pendekatan pembelajaran baharu, pemantapan kurikulum, peningkatan kesedaran murid dan orang awam, pembangunan kemahiran guru, serta penambahbaikan kemudahan dan infrastruktur untuk pengajaran STEM," katanya ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung, di Dewan Rakyat hari ini. 

 

Labuan mencatatkan peratusan enrolmen STEM tertinggi iaitu 58.67 peratus, diikuti Perlis (58.43 peratus) dan Putrajaya (53 peratus). 

 

Menurut Wong, sebanyak RM100 juta telah diperuntukkan untuk menyelenggara dan menaik taraf makmal sains dan komputer. Setakat ini, 506 makmal sains dan 518 makmal komputer telah dinaik taraf bagi memastikan keberkesanan proses pembelajaran. 

 

 

Comments


bottom of page