KPWKM gunakan PGK 2022 sebagai rujukan salur bantuan miskin tegar
27 November 2024
PUTRAJAYA: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menggunakan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) 2022 dengan nilai ambang RM1,198 sebagai panduan utama dalam menyasarkan bantuan kepada golongan miskin tegar sejak awal tahun ini.
Pendekatan ini bertujuan memastikan bantuan sampai kepada golongan yang benar-benar memerlukan.
Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri, menjelaskan bahawa bantuan yang disalurkan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dinilai berdasarkan kelayakan individu, namun PGK bukan satu-satunya penanda aras.
Jelas belia, pelbagai faktor lain turut diambil kira seperti sokongan sosial keluarga, tanggungan ahli keluarga, masalah kesihatan kronik, penjagaan rapi untuk golongan OKU, serta aspek psikososial.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini.
Nancy turut memaklumkan bahawa semakan dan pengemaskinian PGK 2022 dijalankan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dengan kerjasama Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) di bawah Kementerian Ekonomi.
Comentarios