top of page

KTC kukuhkan perniagaan di pasaran Brunei

nabalunews


Masidi menyampaikan sumbangan kepada kanak-kanak golongan asnaf dan anak yatim yang hadir. Turut kelihatan Daxter, Abidin, Jonathan dan Awang Kadin
Masidi menyampaikan sumbangan kepada kanak-kanak golongan asnaf dan anak yatim yang hadir. Turut kelihatan Daxter, Abidin, Jonathan dan Awang Kadin

19 Mac 2025


RANAU: Kim Teck Cheong Consolidated Berhad (KTC) berjaya mengukuhkan kedudukan perniagaannya di pasaran Brunei, kata Pengarah Eksekutif KTC, Datuk Dexter Lau.


Katanya, menerusi kerjasama kerajaan Brunei, syarikat itu berjaya menyediakan gudang hab KTC Brunei yang terbesar di negara itu.


“Hab KTC Brunei yang baharu kini memainkan peranan penting dalam memperkukuh kehadiran KTC di Brunei.


"Kejayaan ini membuktikan kestabilan dan daya saing KTC di pasaran antarabangsa, menjadikannya salah satu syarikat paling berjaya dalam industri pengedaran dan perdagangan di Brunei." katanya.


Beliau berkata, demikian pada majlis Jelajah Iftar 2025 bagi kawasan Parlimen Ranau semalam anjuran KTC dengan kerjasama Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Sabah.


Ia merupakan destinasi ke-11 Jelajah Ifrar 2025 di Parlimen Ranau merangkumi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kundasang, Karanaan, dan Paginatan.


Sempena Jelajah Iftar 2025 di Ranau, KTC dan UPPM telah menganjurkan program Shopping Raya dimana seramai 50 kanak-kanak dari gologan asnaf dan anak yatim dari daerah itu dibawa membeli pakaian raya di pekan Ranau untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri. Setiap kanak-kanak menerima RM200 bagi membeli dan kasut raya. Diikuti majlis sumbangan makanan kepada Rumah Anak Yatim dan Asnaf Kampung Silad, Ranau.


Beliau diiringi pergerakan wanita PGRS Paginatan diketuai Datuk Amisah Yassin, kelihatan sebak ketika menyampaikan sumbangan berkenaan dan berharap agar kanak-kanak ini dapat mengecapi masa depan yang cerah dan berkembang menjadi individu yang baik, tabah, serta kuat, diharapkan mereka akan kembali menyumbang kepada komuniti pada masa depan.


Pada sebelah petang Jelajah Iftar 2025 KTC dan UPPM Sabah menganjurkan majlis berbuka puasa ini dihadiri oleh kira-kira 600, dimana 30 penerima dari golongan asnaf, ibu tunggal, dan warga emas menerima sumbangan duit raya daripada Sawit Kinabalu.


Selain Dexter dan Amisah, majlis itu turut dihadiri Menteri Kewangan Sabah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karanaan, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri merangkap ADUN Paginatan, Datuk Abidin Madingkir, Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin, Pengarah UPPM Sabah Datuk Awang Kadin, Pengarah Eksekutif KTC Datuk Dexter Lau, Pegawai Daerah Ranau, Tinus Manggam, pemimpin-pemimpin tempatan, wakil KTC dan Pegawai UPPM.


Masidi ketika ditemua media menyatakan bahawa tahun ini sekali lagi Ranau dipilih oleh UPPM dan KTC sebagai lokasi untuk mengadakan majlis berbuka puasa, bertujuan untuk mengundang golongan kurang bernasib baik serta pemimpin tempatan untuk berkumpul dan bersama-sama meraikan bulan Ramadan.


Beliau juga memuji KTC yang telah melalsanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR( yang memberi sumbangan dan merapatkan hubungan silaturahim antara pelbagai kaum dan agama, membantu golongan yang memerlukan, serta berkongsi keuntungan syarikat bersama masyarakat.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page