top of page
nabalunews

KTC sumbang 200 kotak lampin pakai buang Hospital Kota Marudu


Redonah dan Dexter melawat Hospital Kota Marudu untuk penyerahan lampin pakai buang sebanyak 200 kotak.

26 Oktober 2024


KOTA MARUDU: Syarikat Kim Teck Cheong Consolidated Berhad telah menyampaikan sumbangan 200 kotak lampin pakai buang kepada wad Kanak- Kanak di Hospital Kota Marudu.


Program amal itu disertai Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Datuk Redonah Bahanda bersama Ketua Pengarah Eksekutif KTC, Datuk Dexter Lau.


Turut menerima sumbangan ialah Wad Kanak-Kanak di Hospital Lotong, Klinik Ibu dan Anak serta Pejabat Kesihatan Kota Marudu.


Dalam majlis itu, Redonah berkata sumbangan daripada syarikat KTC dapat membantu pesakit terutama wad kanak-kanak yang memerlukan lampin pakai buang.


"Kita amat menghargai sumbangan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) KTC untuk membantu terutama wad kanak-kanak di hospital yang terlibat.


"Program tersebut diadakan bagi menambah aktiviti kemasyarakatan dan mengeratkan hubungan silaturahim sesama kakitangan hospital. Ia merupakan satu program khidmat komuniti yang baik dan akan diteruskan dari semasa ke semasa" kata Redonah.


Seharusnya kita memberi sokongan penuh untuk program-program seperti ini dan berikrar akan terus membantu sedaya yang boleh untuk menjayakan program berbentuk kebajikan tambah Redonah.


Sementara itu, Ketua Pengarah Eksekutif KTC Berhad, Datuk Dextar Lau berkata KTC telah menyerahkan sebanyak 200 kotak iaitu bersamaan 1,600 pek lampin pakai buang jenama UNIDRY Happy Baby Pants untuk diagihkan kepada golongan yang memerlukan khususnya Hospital Kota Marudu dan berapa Klinik Kesihatan di Kota Marudu.

תגובות


bottom of page