top of page
nabalunews

Kursus asas penanaman lada hitam di Telupid dapat sambutan



8 November 2024


TELUPID: Kursus asas penanaman lada hitam di daerah ini yang pertama kali diadakan telah mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan.


Kursus ini membuka ruang dan peluang yang besar dalam membantu meningkatkan ekonomi penduduk luar bandar, khususnya di daerah Telupid.


Majlis perasmian kursus ini disempurnakan oleh Ahli Lembaga Lada Hitam Malaysia merangkap Pengerusi Persatuan Penanam dan Pengusaha Lada Hitam Sabah (PLAS), Dennison R. Indang.


Turut hadir, Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) Felix Joseph Saang, Presiden Majlis Belia Daerah Telupid dan Ahli Parlimen Belia Malaysia bagi Negeri Sabah, Emmanuel Atin dan Setiausaha PLAS serta Ahli Jemaah Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK)

Tuaran, Rita Bolingkong serta kakitangan Lembaga Lada Malaysia cawangan Sabah dan usahawan-usahawan tempatan.


Kursus ini menarik hampir 100 peserta dan berlangsung di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Telupid, pada 1 November lalu.


Kursus ini diharapkan dapat menjadi titik permulaan kepada lebih banyak usaha pembangunan sektor pertanian lada hitam di Telupid, sekaligus menyumbang kepada peningkatan taraf hidup masyarakat setempat.

Comments


bottom of page