top of page
  • Wartawan Nabalu News

KUSKOP adakan sesi libat urus pertama MPUKPPD Zon Utara

29 JUN 2024

Oleh Wartawan Nabalu News


BAYAN LEPAS (PULAU PINANG): Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) mengadakan sesi libat urus pertama cadangan pelaksanaan Majlis Pembangunan Usahawan, Koperasi, Penjaja dan Peniaga Kecil Peringkat Peringkat Daerah (MPUKPPD) bagi Negeri-Negeri Zon Utara Semenanjung Malaysia.


Menterinya Datuk Ewon Benedick berkata, sesi libat urus ini untuk memaklumkan cadangan pelaksanaan MPUKPPD di empat negeri Zon Utara iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.


Selain itu katanya, sesi libat urus itu juga bertujuan untuk mendengar pandangan setiap wakil negeri mengenai cadangan pelaksanaan MPUKPPD di negeri-negeri berkenaan.

“Objektif utama MPUKPPD ini adalah untuk menguruskan pembangunan usahawan dan koperasi di peringkat daerah-daerah dan membantu menyelesaikan isu yang membabitkan pihak terlibat dengan lebih efektif dan efisien.


“Minggu lepas kita telah mengadakan sesi libat urus yang sama di Sarawak dan cadangan ini diterima baik.


“Begitu juga dengan Sabah yang telah melaksanakan MPUKPPD sebagai projek rintis tahun lepas, di negeri itu. Saya berharap cadangan ini juga diterima baik di negeri-negeri lain di Semenanjung,” katanya dalam kenyataan media selepas sesi libat urus itu, di sini, hari ini.


Hadir sama Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) Dato’ Sri Suriani Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha KUSKOP Datuk Zamri Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Rusli Jaafar, Setiausaha Bahagian, Bahagian Pembangunan Koperasi, Penjaja dan Peniaga Kecil Azizul Alias, wakil-wakil pejabat setiausaha kerajaan negeri dan pegawai-pegawai daerah.


留言


bottom of page