top of page

KWSP raih RM102 juta daripada penjualan saham MAHB

nabalunews

20 Februari 2025


KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan pendapatan pelaburan sebanyak RM102 juta daripada penjualan saham dalam Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).


Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, penjualan saham MAHB pada harga antara RM6.80 hingga RM7.70 seunit telah menyumbang pendapatan RM102 juta bagi pengagihan dividen KWSP tahun kewangan 2023.


Menurutnya, prestasi cemerlang saham MAHB yang mencatat kenaikan 11.47 peratus melebihi Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) turut menjadi faktor utama strategi penjualan saham.


“Tuduhan bahawa KWSP mengalami kerugian akibat penjualan saham ini tidak berasas, KWSP sendiri telah menafikannya melalui kenyataan media pada 12 Februari lalu.


“KWSP telah mencatat keuntungan daripada penjualan beli saham MAHB dan merekodkan jumlah pendapatan pelaburan RM63.48 bilion bagi penyata kewangan berakhir 31 Disember 2023,” jelasnya ketika sesi pertanyaan menteri di Dewan Rakyat hari ini.


Sementara itu, Amir Hamzah berkata, KWSP berjaya mengisytiharkan kadar dividen sebanyak 5.50 peratus bagi simpanan konvensional dan 5.40 peratus bagi simpanan shariah.

Коментарі


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page