top of page

KWSP umum dividen 6.3 peratus bagi simpanan Konvensional dan Shariah

nabalunews

1 Mac 2025


KOTA KINABALU: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini, mengumumkan kadar dividen 6.30 peratus bagi kedua-dua jenis simpanan, Konvensional dan Shariah.


KWSP dalam kenyataannya berkata, kadar dividen 6.30 peratus bagi Simpanan Konvensional dengan jumlah agihan RM63.05 bilion dan 6.30 peratus bagi Simpanan Shariah dengan jumlah agihan RM10.19 bilion.


Katanya, ia menjadikan jumlah keseluruhan agihan bagi 2024 adalah sebangak RM73.24 bilion.


“‘Manakala bagi tahun berakhir 31 Disember 2024, KWSP mencatatkan jumlah pendapatan pelaburan sebanyak RM74.46 bilion, meningkat 11 peratus berbanding RM66.99 bilion yang direkodkan pada 2023.


"Jumlah itu selepas mengambil kira turun nilai kos ke atas ekuiti tersenarai bagi tahun berkenaan.


"Aset pelaburan KWSP mencapai RM1,249.71 bilion, naik 10 peratus daripada RM1,135.82 bilion pada 2023.


"Peningkatan ini didorong oleh pendapatan portfolio yang kukuh serta jumlah caruman bersih sebanyak RM108.22 bilion, naik 11 peratus daripada RM97.56 bilion pada 2023," katanya.


Sementara itu, Pengerusi KWSP, Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata, kadar dividen KWSP yang lebih tinggi bagi tahun 2024 didorong oleh pemulihan pasaran global dan domestik, pertumbuhan ekonomi yang kukuh, serta pengurusan portfolio yang berhemah.


Katanya, dengan memanfaatkan perkembangan positif ini, strategi pelaburan yang pelbagai membolehkan KWSP meraih peluang pertumbuhan, mengoptimumkan pulangan, dan memperkukuh jaminan kewangan jangka panjang untuk ahli.


"Di peringkat domestik, pelaburan yang kukuh, pasaran buruh yang sihat, dan inflasi yang stabil telah merangsang permintaan, sementara eksport mendapat manfaat daripada kestabilan global dan kitaran pertumbuhan teknologi.


"Di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, inisiatif kerajaan di bawah Belanjawan 2024, serta pelan strategik yang lebih luas di bawah kerangka Ekonomi MADANI menarik pelaburan asing dan mengukuhkan ekonomi, selain mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk pertumbuhan yang mampan," katanya.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page