top of page
Wartawan Nabalu News

Lagi pelajar murid bergadai nyawa seberang sungai tanpa jaket keselamatan pergi sekolah


4 Ogos 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Sekali lagi isu murid sekolah di pedalaman Sabah yang terpaksa bergadai nyawa untuk ke sekolah dengan menyeberangi sungai deras dipercayai berlaku di Kampung Mangkabusu, Pitas tular di media sosial.


Sebuah video yang diciap menerusi seorang pengguna di Twitter memaparkan pelajar sekolah dilihat menyeberangi sungai menggunakan sampan tanpa memakai jaket keselamatan.


Video yang berdurasi satu minit 48 saat itu juga menunjukkan beberapa pelajar lain yang lengkap dengan vest jaket keselamatan dilihat sedang menunggu di tebing sungai.


“Dapat video ini dari Whatsapp group P179 Ranau, Terkejut Jantung. Lokasi: Kg Mangkabusu, Pitas Sabah.


“Walaupun exam UPSR dan PT3 sudah dimansuhkan, pelajar-pelajar ini tetap gigh pergi ke sekolah.


“Semoga ada tindakan lanjut dapat dilakukan dengan kadar segara,” ciap Twitter tersebut.


Dalam pada itu, rata-rata pengguna media sosial memberi pelbagai reaksi berikutan tularnya video tersebut.


Seorang pengguna berkata, ramai pelajar di Sabah terutama sekali yang berada di pendalaman terpaksa menempuh cabaran yang berat hanya untuk ke sekolah.


“Pelajar di Sabah, cabarannya ke sekolah memang susah tahap dewa, kena seberang jambatan paip, naik tong dram, naik rakit, naik sampan.


“Bila tengok kabinet kerajaan negeri Sabah, ada 11 menteri, 18 pembantu menteri, dan 79 ADUN! Ramai kan? Nak tengok muka-muka mereka tak? Luah netizen tersebut.


Sementara itu, ramai juga yang menyeru para wakil rakyat untuk mendengar, dan menyelesaikan segera keperluan rakyat yang sudah bertahun lamanya tidak diberi perhatian.


“Thanks for highlighting. Adakah para YB-YB menteri mendengar keluhan rakyat seperti ini? Yang pasti mereka sedang mengatur untuk mengekalkan kedudukan dan parti mereka untuk terus berkuasa dan memegang jawatan.


“Bikin naik darah ni, panas. Mana menteri yang naik gaji 40 peratus? Tidak boleh Ka mereka beri bantuan kilat, bot yang selesa.


“Sedih sangat murid-murid terpaksa gadai nyawa untuk belajar namun menteri-menteri ‘berenjoy sakan’ naikkan gaji,” itu antara kata-kata para netizen mengenai isu tersebut.


Dalam pada itu, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menerusi perkongsian Facebooknya juga memberi respon terhadap video tersebut.


“Pelajar nak ke sekolah, terpaksa naik sampan yang kecil dan sempit. Tahun 2022 masih ada situasi begini untuk anak murid kita.


“Berapa banyak lagi cerita pelajar Sabah yang kerajaan nak kita tular, baru nak berkhidmat?, katanya.

Commentaires


bottom of page