top of page

LAKSANAKAN MORATORIUM PINJAMAN UNTUK PEKERJA TERJEJAS PKP - FOMCA

nabalunews

15 JAN 2021


KUALA LUMPUR: Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) menggesa Bank Negara Malaysia (BNM) melanjutkan pelaksanaan moratorium pinjaman sekurang-kurangnya hingga Ogos ini bagi pekerja yang terjejas oleh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


Presidennya Datuk Dr Marimuthu Nadason berkata sikap berdiam diri BNM dalam isu itu tidak membantu masyarakat yang terjejas.


“Moratorium harus dilaksanakan segera untuk semua jenis pinjaman bank bagi membantu mereka yang terkesan oleh PKP,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Beliau turut mencadangkan agar syarikat insurans dilarang daripada menaikkan premium ketika pandemik masih menjejaskan ekonomi, selain kerajaan menyalurkan bantuan kewangan kepada pekerja yang terkesan. - Bernama

Comentarios


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page