top of page

Langgar Lari: Buru Pemandu Kereta

nabalunews

6 Mac 2025


TUARAN: Pihak polis sedang giat menjalankan operasi memburu pemandu kereta yang lari selepas merempuh sebuah motosikal dalam kejadian di Jalan Gayang, di sini, semalam.


Ketua Polis Daerah Tuaran, Superintendan Noraidin Ag Maidin berkata, kejadian yang berlaku kira-kira 6.30 pagi itu mengorbankan seorang lelaki berusia 57 tahun.


Katanya, kemalangan melibatkan sebuah motosikal jenis Benelli yang dipercayai dilanggar oleh sebuah kereta.


“Pemandu kenderaan terbabit dipercayai melarikan diri dari lokasi kemalangan dan pihak polis sedang giat mengesan individu bertanggungjawab.


"Setakat ini beberapa individu sudah dirakamkan percakapan bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan media, semalam.


Menurutnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini boleh menghubungi pegawai penyiasat trafik IPD Tuaran, Inspektor Haffiz di talian 01161600964.


"Orang ramai juga boleh tampil menyalurkan maklumat di mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya.

Comentários


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page