top of page

Lantikan JKKK Kadamaian berasaskan formula kongsi kuasa parti-parti kerajaan negeri: Ewon

  • Wartawan Nabalu News
  • Aug 14, 2023
  • 1 min read
Ewon menyampaikan watikah pelantikan kepada Herbet Juali, pengerusi JKKK Kg.Minangkob.

14 Ogos 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: Pelantikan seramai 72 pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kadamaian berasaskan formula perkongsian kuasa parti-parti kerajaan negeri, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian Datuk Ewon Benedick.


Beliau yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata, sebahagian besar daripada pengerusi JKKK itu adalah daripada parti-parti komponen Pakatan Harapan (PH) dan selebihnya mewakili parti-parti GRS - BN.


“Pendekatan yang sama juga saya gunakan apabila melantik Ketua Adat dan Ketua Kampung di kawasan Kadamaian.

Ewon menyampaikan watikah pelantikan kepada Jubilee Yabis, pengerusi JKKK Melangkap Baru.

“Ini komitmen saya untuk memastikan semua parti yang menyokong kerajaan mempunyai peranan masing-masing membantu dari segi pembangunan dan kemajuan kampung.


“Saya berharap formula ini akan menjadi contoh kepada kawasan lain apabila melantik jawatan di peringkat kampung bagi memudahkan kerjasama melaksana program-program pembangunan peringkat kampung,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan penyampaian watikah pelantikan pengerusi JKKK Kawasan Kadamaian, di Pusat Khidmat Adun Kadamaian, di sini, hari ini.

Ewon berharap, semua pengerusi yang dilantik dapat memberikan perkhidmatan terbaik terutamanya mengenalpasti isu-isu dan masalah serta keperluan rakyat untuk perhatian kerajaan, antaranya keperluan pembangunan infrastruktur asas dan kebajikan rakyat.


Turut hadir Pegawai Daerah Kota Belud Bakri Haji Nanun, Ketua Perhubungan Adun Kadamaian Carlye Lajimin dan UPPM Kadamaian, Saikom Watis dan Demis Rumantis.


Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page