top of page
  • nabalunews

Laporan pembinaan altar chapel St Petrus Lobong-Lobong

4 Oktober 2024


KOTA BELUD: Kerja mengubahsuai altar Chapel St Petrus Lobong-Lobong yang bermula pada 30 Ogos lalu telah disiapkan pada 4 September lalu hasil sumbangan ikhlas sebanyak RM5,000.00 daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick.


Dana tersebut telah dimanfaatkan sepenuhnya bagi kerja-kerja pengubahsuaian altar yang telah sekian lama dirancang.


Pengerusi Komuniti Pastoral Umat Katolik (KPUK) Chapel St Petrus, Joeffrey Hurst Wealth Duanis merakamkan setinggi penghargaan kepada Ewon atas sokongan beliau bagi umat di sini.


"Selaku wakil umat Katolik Chapel St Petrus Lobong-Lobong, saya sangat-sangat berbesar hati dan mengucapkan jutaan terima kasih atas kemurahan hati Ewon yang memberikan bantuan sumbangan tersebut.


"Semoga Tuhan memberkati Ewon atas pelayanannya yang mulia ini. KPUK dan wakil kepada umat Katolik di Chapel St Petrus Lobong-Lobong, ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ewon atas kemurahan hati dan sokongan beliau.


"Doa kami adalah agar beliau terus diberkati dan dilimpahkan rahmat atas jasa dan pelayanannya kepada komuniti ini.


"Kami berharap agar usaha sebegini dapat menjadi inspirasi kepada lebih ramai individu yang ingin berbakti kepada gereja dan masyarakat," katanya.

Comments


bottom of page