top of page
nabalunews

Lawatan dan sumbangan di Kg Nahaba




14 Januari 2025


KOTA BELUD: Ketua Pegawai Perhubungan Pusat Khidmat ADUN N11 Kadamaian Carlye Lajimin dan Ketua Pemuda UPKO Bahagian Kota Belud, Jolyhame Saran, mewakili Datuk Ewon Benedick, Ahli Dewan Undangan Negeri N11 Kadamaian, telah mengadakan lawatan ke Kampung Nahaba, Kota Belud.


Tujuan lawatan ini adalah untuk menyampaikan sumbangan kepada dua keluarga yang ditimpa musibah.


Dalam lawatan tersebut, mereka telah menyampaikan sedikit bantuan kepada keluarga yang terjejas dan berharap agar sumbangan tersebut dapat meringankan beban yang mereka tanggung.


“Semoga bantuan ini sedikit sebanyak dapat membantu keluarga-keluarga ini dalam menghadapi kesulitan," kata Jolyhame Saran.


Mereka turut menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mendiang Abin Sambadi dan Sintim Magalai, yang baru-baru ini telah meninggal dunia.


Ketua Pegawai Perhubungan Pusat Khidmat ADUN Carlye Lajimin menyatakan rasa simpati dan berharap keluarga yang ditinggalkan diberikan ketabahan.


Pihak Pusat Khidmat ADUN akan terus memberikan sokongan kepada keluarga-keluarga yang terjejas dengan insiden tersebut.

Comments


bottom of page