top of page

LCIF Hulur Bantuan Kepada Mangsa Banjir di Kampung Bakiau, Keningau

nabalunews

12 Mac 2025


KENINGAU: Seramai 20 penduduk Kampung Bakiau, Keningau menerima bantuan berupa bakul makanan, tilam, dan bantal daripada Lions Club International Foundation (LCIF), cabang amal Lions Clubs International.


Menurut Koordinator Program yang juga Charter President Keningau Downtown, Kennedy John, LCIF komited dalam memberikan bantuan kemanusiaan kepada masyarakat yang memerlukan. Organisasi ini menyokong pelbagai program dalam bidang bantuan bencana, penjagaan kesihatan, bantuan penglihatan, pendidikan, dan pembangunan komuniti di peringkat global.


"LCIF menyediakan dana dalam bentuk geran kepada kelab-kelab Lions di seluruh dunia untuk melaksanakan projek berimpak tinggi yang memberi manfaat kepada masyarakat," katanya.

Turut hadir dalam program ini ialah Past President Lions Club Kota Kinabalu Downtown, Alyssa Lim, yang turut menyatakan sokongan terhadap inisiatif bantuan yang disalurkan kepada mangsa banjir.


Kennedy turut memaklumkan bahawa bantuan ini tidak terhenti di Kampung Bakiau sahaja.


"Kami akan meneruskan usaha ini ke beberapa kampung lain yang turut terjejas akibat banjir di Daerah Keningau," tambahnya.


Inisiatif sebegini amat penting bagi membantu komuniti yang terjejas untuk bangkit semula selepas bencana, dan keprihatinan yang ditunjukkan oleh LCIF serta Lions Club Keningau Downtown jelas mencerminkan semangat kemanusiaan yang tinggi.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page