Lebih 1,000 hadiri Rumah Terbuka Kaamatan-Raya Ewon
16 Mei 2022
Oleh Wartawan Nabalu News
KOTA BELUD: Lebih 1,000 hadiri rumah terbuka Kaamatan Raya Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian Datuk Ewon Benedick, di Dewan Kadamaian Square, di sini, hari ini.
Sambutan itu diadakan serentak Mesyuarat Agung Tritahunan Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Bahagian Kota Belud.
Turut hadir Adun Luyang mengetuai rombongan DAP Sabah Phoong Jin Zhe, Naib Presiden MUDA Malaysia mengetuai rombongan MUDA Shahrizal Denci, Setiausaha PKR Sabah mengetuai rombongan PKR Mustapha Sakmud, mantan ADUN Kadamaian Datuk Yapin Gimpoton dan Timbalan Presiden UPKO mengetuai rombongan Majlis Tertinggi UPKO Datuk Donald Mojuntin.
Pelbagai persembahan menarik bagi memeriahkan sambutan itu termasuk persembahan muzik tradisional dari Kiau dan persembahan artis tempatan Winnie Kuntip dan Dyandra Justine.
Kommentare