top of page

Lebih 100 Fakir Miskin, Anak Yatim Disantuni

nabalunews


23 Mac 2025


KUNAK: Persatuan Kebajikan Gerak Kerja Kunak menyantuni 100 fakir miskin dan anak yatim pada majlis berbuka puasa di Masjid Nur Rahman, Kampung Imam Abdullah, di sini, hari ini.


Pengerusinya, Saudi Osman berkata, meraikan anak-anak yatim fakir miskin adalah antara program wajib persatuan itu setiap kali bulan Ramadan.


"Anak-anak yang kita raikan kali ini adalah mereka yang kurang bernasib baik dan diharap sesi kebersamaan seperti ini akan dapat memberikan semangat untuk terus berjaya dalam hidup masing-masing.



“Ini sememangnya salah satu objektif persatuan adalah untuk membantu dan menjaga kebajikan mereka yang kurang bernasib baik,” katanya ketika dihubungi, hari ini.


Saudi berkata, program yang dilaksanakan adalah berbentuk kebajikan menerusi pelbagai kerjasama strategik bersama NGO dan orang perseorangan di sekitar daerah ini.


Sementara itu, Saudi turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada Datuk Basari Sarkun selaku Ahli Lembaga Pengarah, Institut Koperasi Malaysia (IKMa) atas sokongan berterusan bagi menjayakan program berkenaan.



“Terima kasih kepada Datuk Basari Sarkun selaku Ahli Lembaga Pengarah IKMa kerana telah berkerjasama dengan persatuan dalam menjayakan program ramadan pada hari ini,” katanya.

Comentários


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page