top of page

Lebih 3,000 hadiri sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran PH Sipitang

  • Wartawan Nabalu News
  • 8 hours ago
  • 1 min read

19 April 2025


BEAUFORT: Lebih 3,000 penduduk pelbagai kaum dan agama hadir memeriahkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Pakatan Harapan (PH) Sipitang, di Dewan Sri Dayang, Weston, di sini, hari ini.


Pengerusi PH Sabah, Datuk Ewon Benedick berkata, majlis seumpama itu bukan sahaja meraikan sambutan Hari Raya, malah menjadi simbol kebersamaan rakyat dan semangat perpaduan kukuh yang telah lama terjalin dalam kalangan masyarakat di negara ini.


“Tahniah kepada pimpinan PH Sipitang atas kejayaan menganjurkan acara ini. Aset terbesar negara yang perlu sentiasa dipertahankan ialah kebersamaan rakyat.


“Justeru, penganjuran sambutan ini adalah sumbangan kepimpinan PH Sabah ke arah memperkasakan nilai kebersamaan, kerjasama, perpaduan dan keharmonian antara kaum dan agama,” katanya ketika berucap pada majlis itu.


Ewon yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi turut berkongsi inisiatif yang dilaksanakan oleh Kerajaan Madani melalui kementeriannya bagi merancakkan pembangunan ekonomi rakyat.


“Sesuai dengan keperluan pembangunan ekonomi melalui gerakan keusahawanan dan koperasi, kementerian telah memperkenalkan pelbagai pendekatan baharu, antaranya Dasar Pandang ke Timur Dalam Negara.


“Melalui dasar ini, pelbagai inisiatif diperkenalkan yang bersesuaian dengan isu, cabaran dan keperluan di Malaysia Timur, khususnya di Sabah dan Sarawak,” katanya.

Comentários


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page