top of page

Lebih 4,000 mangsa banjir ditempatkan di PPS

nabalunews

10 Mac 2025


KOTA KINABALU: Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah meningkat kepada 4,159 mangsa melibatkan 1,362 keluarga berbanding 3,443 mangsa malam tadi.


Berdasarkan laporan infografik Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana, Angkatan Pertahanan Awam (APM) setakat jam empat petang tadi, sebanyak 24 PPS beroperasi di empat daerah terjejas banjir.


Katanya, tren pemindahan ke PPS bagi daerah Beaufort tidak berubah, Tenom dan Membakut menunjukkan peningkatan manakala daerah Keningau menunjukkan penurunan.

“Daerah Beaufort dengan lima PPS kekal merekodkan jumlah paling ramai dengan 1,339 mangsa daripada 432 keluarga.


“Selain itu, 14 PPS beroperasi di daerah Tenom menempatkan seramai 1,162 mangsa daripada 435 keluarga.


"Tiga PPS di daerah Keningau pula kini menempatkan 778 mangsa melibatkan 200 keluarga," katanya.


Menurutnya, daerah Membakut dengan dua PPS menempatkan 880 mangsa daripada 295 keluarga.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page