Lebih 600 Hadiri Majlis Rumah Terbuka Tun Musa
- nabalunews
- 5 days ago
- 1 min read

2 April 2025
BEAUFORT: Majlis Rumah Terbuka yang dianjurkan Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman di Kampung Bingkul, di sini, hari ini meriah dengan kehadiran lebih 600 tetamu.
Acara yang berlangsung bermula jam 10.30 pagi hingga 3 petang itu dihadiri pelbagai peringkat usia dan berbilang kaum.
Turut hadir, barisan jemaah menteri Kabinet negeri, ketua-ketua jabatan, saudara-mara serta jemputan.
Sementara itu, pada majlis berkenaan, Tun Musa dan isteri Toh Puan Faridah Tussin tiba di Kampung Bingkul pada jam 10 pagi.
Tun Musa kemudiannya disambut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Arifin Mohd Arif bersama Pegawai Daerah Beaufort Mohd Nazri Ajun.
Hadir sama, Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Datuk Ruslan Muharam, Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Isnin Aliasnih dan Senator Dewan Negara Tan Sri Anifah Aman.
Commentaires