top of page
nabalunews

Lelaki cedera, kenderaan rempuh bas ekspres

16 September 2024


LAHAD DATU: 15 penumpang sebuah bas ekspres berdepan detik cemas apabila kenderaan dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta berhampiran Kampung Balacon, Jalan Sandakan-Lahad Datu, di sini, malam tadi.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Sumsoa Rashid berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 10.25 malam tadi.


Katanya sepasukan 8 pegawai dan anggota bersama sebuah kenderaan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari BBP Lahad Datu dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak 15 kilometer dari balai.


"Kemalangan melibatkan 2 buah kenderaan, jenis kereta Proton Saga FLX merempuh Bas Express Senex. Terdapat 15 orang mangsa dalam Bas Express Senex, selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan manakala seorang mangsa berusia 42 tahun dalam Proton Saga FLX mengalami kecederaan.


"Pasukan EMRS memberi rawatan awal kepada mangsa cedera dan seterusnya serah mangsa kepada pihak ambulans untuk dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan selanjutnya," katanya dalam kenyataan hari ini.


Operasi bomba ditamatkan jam 11.32 malam.

留言


bottom of page