top of page
nabalunews

Lelaki dikhuatiri dibaham buaya di Kampung Bilit, Kinabatangan

26 Disember 2024



Oleh : Wartawan Nabalu News 



SANDAKAN - Seorang lelaki dilapor hilang dan dikhuatiri dibaham buaya selepas bot yang dinaiki bersama 3 rakan sekerja secara tiba-tiba telanggar suatu objek dan menyebabkan bot itu terbalik dan karam dekat Kampung Bilit, Kinabatangan, petang tadi.



Sebelum kejadian, mangsa, Maznin Kahar,40, dan rakannya itu dikatakan  sedang dalam perjalanan menuju ke tempat pemunggahan kayu belian yang dibawa di bot berkenaan kira-kira jam 1.00 petang tadi.



3 orang rakannya berjaya menyelamatkan diri ke tebing, manakala mangsa yang sempat meminta bantuan kerana merasa dirinya diserang/dibaham buaya namun tidak dapat berjaya diselamatkan oleh rakannya. 



Menerusi satu kenyataan disini hari ini, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan, Nurul Azlan Shah Jamalludin, berkata, laporan berkaitan kejadian diterima pihaknya daripada Balai Polis Sukau pada jam 1.35 petang tadi.



Sejurus laporan itu, pihaknya dengan kekuatan tiga anggota yang tiba di lokasi pada jam 2.35 petang segera melaksanakan operasi mencari dan menyelamat (SAR) bersama lima anggota anggota Jabatan Hidupan Liar dan empat orang awam di sekitar lokasi kejadian.


Sehingga jam 6.30 petang tadi, mangsa masih belum ditemui dan maklumat semasa akan dikemaskini.

Comments


bottom of page